cApStAn Linguistic Quality Assurance

Terjemahan Ujian

Terjemahan Survei

Adaptasi Budaya

Jaminan Mutu Linguistik

95 bahasa

270 locale

122 negara

670 juta kata telah diproses

Siapa Kami

cApStAn mengurus komponen bahasa dalam projek antarabangsa atau berbilang rantau: ini termasuk menganalisis teks asal, menyediakan glosari dan melatiah kumpulan penterjemah—semua ini dilakukan sebelum proses terjemahan bermula—agar dapat menyampaikan terjemahan yang tepat dan sesuai dengan tujuannya.

Khidmat berkaitan bahasa kami telah menempatkan cApStAn sebagai sebuah organisasi yang disegani di Eropah dan Amerika Syarikat. Kami juga mempunyai klien tetap di Australia, Asia dan Afrika.

Pasukan utama cApStan ialah gabungan 22 orang pakar daripada 17 kerakyatan dengan pelbagai latar belakang budaya. Di samping itu, cApStAn juga melatih dan menyelaras satu rangkaian kumpulan ahli bahasa yang terpilih dalam profesion ini: mereka merupakan penterjemah dan/atau guru-guru yang berpengalaman; memiliki paling tidak segulung ijazah di peringkat universiti, rata-ratanya dalam bidang linguistik, terjemahan, sosiologi, psikologi, ekonomi atau sains pendidikan. cApStAn mengikat kontrak dengan lebih 700 ahli bahasa dan pakar bidang (110 kewarganegaraan di 70 buah negara) dan bekerja dalam konteks tanpa bersemuka.

Pejabat kami di Brussels (Belgium) dan Philadelphia (AS), kini perunding di India

Bidang Tugas

BIMBING

GUIDE

Tugas kami bermula seawal sebelum proses terjemahan lagi.

Dapatkan khidmat pakar bahasa cApStAn dari peringkat awal projek agar anda mutu piawaan terjemahan anda adalah yang terbaik.

TERJEMAH

TRANSLATE

Bagaimanakah soal selidik harus diterjemah? Bagaimanakah sesuatu ujian dapat disesuaikan dengan negara setempat?

cApStAn akan memastikan penilaian atau survei yang diterjemah boleh diterima dan turut mengumpulkan data setanding. Kami menyediakan perkhidmatan terjemahan profesional dalam lebih 100 bahasa.

MEMPERAKUI

CERTIFY

cApStAn ditubuhkan pada bulan Mei 2000 dan di awal penubuhan, kegiatan utamanya ialah menentusahkan dan mengesahkan terjemahan yang dihasilkan oleh pihak ketiga. Pengalaman para pengasas cApStAn dalam PISA telah dijadikan asas.

20 tahun kemudian, pelbagai kaedah dan laporan penilaian mutu terjemahan dapat ditawarkan oleh cApStAn.

KONGSI

SHARE

Kami melaksanakan amalan baik seperti yang diterangkan dalam Garis Panduan Suruhanjaya Ujian Antarabangsa Penterjemahan dan Penyesuaian Ujian.

Amalan baik itu juga diuji pada skala besar, lalu dipertingkatkan, kemudian dikembangkan dan dipromosikan.

Bidang yang Diceburi

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

Dalam bidang pendidikan, program latihan dan pensijilan, pengetahuan dan kemahiran perlu diukur, biasanya pada peringkat antarabnagsa.

SURVEI SOSIAL DAN PERUBAHAN SIKAP

Untuk memahami masyarakat, survei perlu digarap dengan teliti. Data yang dikumpulkan dalam survei sosial dan perubahan sikap membantu para pemegang kepentingan membuat keputusan yang berilmu.

PENYELIDIKAN PASARAN

Dalam konteks berbilang rantau dan budaya, penterjemahan dan penyesuaian survei memfokuskan kerelevanan silang budaya untuk menguasai pengalaman pengguna.

TINJAUAN PENDAPAT

Tinjauan pendapat menilai sentimen populasi sasaran. Kegiatan ini meramal atau mengukur reaksi umum terhadap peristiwa atau keadaan.

PENGURUSAN BAKAT

Penilaian yang mengukur kemahiran tenaga kerja, menapis pemohon pekerjaan atau mengukur prestasi pengurusan secara global ialah instrumen yang berisiko tinggi.

NGO DAN BADAN ANTARABANGSA

Badan Antarabangsa dan NGO memiliki keperluan komunikasi yang khusus, dan boleh merangkumi penyampaian kandungan sensitif kepada golongan yang amat berbeza dari segi budaya.

Klien dan Rakan Niaga